Pais Patin Tempoyak Mokde FROZEN
Pais patin tempoyak merupakan makanan tradisi orang Pahang..Kiranya ia makanan yang special dan menjadi kebanggaan bagi orang-orang Pahang atau rodong-rodong Pahang.
Kalau pergi bercuti ke Pahang, memang tak sah lah kalau tak pekena pais patin tempoyak ni. Antara bahan-bahan untuk menyediakan pais patin ni adalah ikan patin, tempoyak, cili padi, daun kunyit dan daun kesum.
Rasanya lebih kurang gulai ikan patin masak tempoyak tapi pais ni lebih pekat dan dibakar menggunakan daun pisang. Bayangkanlah kalau ramuan-ramuan tersebut bergabung, memang rasanya..Perghhh..Tak cukup seketul weh!!
Saya memang suka sangat makan patin. Banyak kedai dah saya try makan. TAPI tak boleh nak lawan Pais Patin Mokde dari Jengka. Rasa sekali, mesti nak cuba berkali-kali. Sebab tu saya nak kongsikan dengan anda semua keenakan Pais Patin Mokde ni. Memang rugi lah untuk peminat patin kalau tak cuba Pais Patin Mokde ni.
Berita baik untuk anda semua. Bukan hanya orang-orang Jengka sahaja yang dapat menikmati keenakan Pais Patin Mokde kerana Pais Patin Mokde Frozen kini berada di seluruh Malaysia.
Anda boleh dapati dari ejen-ejen kami yang berdekatan.
Minat nak jadi ejen kami boleh wasap saya http://patin.wasap.my/

No comments:
Post a Comment